Faham tak ayat tu?
Sebagai seorang muslim, saya sedia maklum hidup ni bukan satu tempat di mana saya boleh mengharapkan kesenangan sahaja.
Saya sedar, hidup ni hanya sia-sia jika tak diduga olehNya.
Saya juga bersyukur kerana diberi perhatian olehNya dengan diberi ujian dan dugaan yang tidak putus-putus.
Ini semua menguji keimanan saya.. menjadi pengukur level ketaqwaan dan kesetiaan saya terhadapNya.
Saya seorang muslim.. mana mungkin saya dapat menolak takdir.
Saya sebagai manusia yang sebaik-baik kejadian telah dikurniakan akal fikiran untuk berusaha mengubah nasib dan haluan hidup ke arah yang lebih baik..

Tapi saya seorang perempuan..
Perempuan yang sejak azali dilahirkan dengan 9 nafsu 1 akal.. yang punya banyak kelemahan.. yang emosional.
Terus terang saya katakan bahawa kadang-kadang saya tak sanggup nak pikul beban-beban yang ada dalam hidup saya.
Ya.. saya akui kelemahan dan keburukan saya.. malah saya akui kesilapan saya.
Tapi tolong jangan jadikannya sebagai modal nak perkecilkan saya.

Musibah-musibah yang datang..
Nasib malang yang sentiasa menghampiri..
Malah status kesihatan yang tak menentu..
Semua tu saya tak pernah mintak..
Saya selalu doakan yang terbaik. tapi itu semua mungkin ujian dariNya
dan siapalah saya nak menolak????

Saya pun nak berjaya macam orang lain..
Umur pun dah nak masuk 22.. (sangat takut bila fikir masa depan)
Tapi saya tak mampu..
Saya punya cita-cita.. tapi rezeki tak ada.. sentiasa ada yang menjadi penghalang tika saya berusaha.
Saya tak marah.. saya cuma sedih sikit dengan life saya..


* saya yakin, berkat kesabaran saya akan peroleh jua kejayaan. cepat atau lambat je. InsyaAllah.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA