Nak cerita tapi tak tahu macam mana.
Nak pendam tapi kali ni macam tak boleh je.
Haihh ~

14 Februari , 9:00 am
Accident langgar kete Nissan Sentra.
Magiknya, aku tak sedar pun masa bila aku langgar kete tu. Sampaila bunyi dentum.
Masa tu baru aku sedar aku dah langgar kete orang. (separuh sedar lagi sebenarnya)
Aku keluar dari kete pastu pegi minta maaf kat pakcik tu.
Masa tu pun aku dalam keadaan bingung lagi, macam orang bodoh tau tak..
Mak pun keluar sama nak tolong settle.
Serius cakap, pakcik tu sangat baik orangya.
Dia nampak macam nak marah tapi tak jadi. (kesiankan aku kot)
Dahla dia duk kat Paka..
Kesian datang jauh-jauh aku pulak langgar dia.

Bad day.. bumper dia teruk jugak kena..
Bayar ganti rugi RM2200 (bank in)
Peliknya, kete aku tak teruk mana kalau nak dibandingkan dengan kete pakcik tu. (Syukron)
Plat patah, simbol Hyundai patah, bonet terangkat sikit, pastu calar sikit.
Sikit-sikit pun tetap kena ketuk dan cat jugak.. (ALLAH nak tarik apa yang bukan hak aku)
Tukar number nset, minta maaf lagi sekali pastu pegi tukar plat baru. Done.

Balik tu, baru perasan simbol H tu patah. Bonet tu kemik, terangkat sikit.
Mula la nak nangis.. (ayah saya bekeng)
Mak call abang. Abang nak balik kejap nak ambik kete hantar workshop.
Tapi cancel sebab time slip dia tak sempat buat (masa tu klinik lunch hour, tutup kejap)

Lepas tu.......

  • masuk bilik
  • kunci pintu
  • duduk atas katil
  • termenung, rehat
  • nangis tetiba mengenangkan nasib malang yang tak berpenghujung
  • baring, nak rehatkan minda daripada fikir yang bukan-bukan
  • tak menjadi
  • nangis berterusan (tengah solat, makan, mandi, tidur pun nangis lagi)
  • mesej, calling-calling semua biar je (nset tak tahu kemana)
Berlarutan hingga 2 hari 2 malam....
Malam semalam baru nak ok sikit semangat ni..

* dah banyak kali accident tapi kali ni aku jadi macam hilang semangat 100% sebab kali ni memang salah aku sepenuhnya yang lalai dan khayal masa drive. Yes, you should blame me.

Alhamdulillah..
Aku bersyukur di atas segala pengajaran, peringatan dan perlindungan yang Engkau berikan padaku Ya ALLAH..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA