dah berapa lama aku tinggal blog ni. dah dekat setahun. pfftttt. lagipun aku buat blog ni khas untuk aku baca sorang je. no comment. no view. aku gembiraaa... haha. banyak benda yang aku nak cerita dalam ni. cerita untuk aku baca sorang. cerita yang aku rasa aku perlu luahkan. cerita yang aku rasa tak boleh simpan bertahun-tahun.

dalam tempoh aku tak tulis-tulis ni, banyak benda sebenarnya terjadi dalam hidup aku. banyak sangat. terlampau banyak.

sejak asyik jatuh sakit je, aku jadi macam dah berubah. berubah jadi orang lain. dalam 24 jam, ada la 12 jam aku spend untuk nangis. sakit aku tak parah. bukan kanser, barah, etc.. tapi sakit aku yang biasa-biasa ni saling berkait. contohnya la kan, aku sakit migrain. tahap nak pitam bagai. bila aku telan ubat migrain, tak sampai sejam, sakit pedih ulu hati/medu pulak yang datang. kalau sakit biasa muka berkerut macam tahan berak/kentut tu lain cerita. ini sakitnya boleh guling-guling sambil nangis. kekadang kalau dah sakit sangat, aku tak boleh gerak langsung melainkan baring + peluk lutut sampai ke perut dan nangis lagi. berjam lamanya aku tahan sakit. sakitnya macam senggugut. tapi yang ni lagi power. masa tengah sakit ni jangan la bagi aku makan apa-apa. memang kat situ jugak aku muntah. sebulan lepas tak silap, medu datang lagi. kali ni aku tak tahu kenapa dia datang macam nak bunuh aku je aku rasa. bayangkan, 3 botol ubat gastrik tu aku minum dalam masa sehari plus air susu Full Cream Dutch Lady tu berbotol-botol. aku ni dah la tak suka minum susu. terpaksa la gagahkan jugak mengenangkan mak ayah aku yang risau dia dah sampai tahap tak boleh nak buat pape melainkan jenguk aku n remind aku makan ubat. mak ayah nak bawak aku gi klinik, inject terus. tapi aku taknak. ye aku tahu jarum tu lagi kecik kalau nak dibandingkan dengan saiz badan aku tapi aku tetap taknak.

serius sejak ada migrain, totally aku berubah. jadi emo, pemarah even mende kecik besar zarah. mood swings tu patutnya jadi masa PMS je. tapi dalam kes ni lain pulak. tiap kali migrain, mood aku berubah-ubah. percakapan n sistem minda aku macam terganggu. serius sakit hinggakan belakang kepala aku dah naik bengkak. bila dah lama sakit migrain, aku dah reti nak kawal walaupun kekadang tu terbabas jugak. n dia alert aku awal-awal kalau dia nak datang serang aku. contoh, tengah drive sambil bersuka ria gelak ketawa, tetiba ada macam cahaya terang depan mata aku. pastu hidung ngan mata start berair. apa yang aku nak cakap kat seseorang tu jadi terganggu. contoh la kan, aku nak makan pizza. tapi aku cakap aku nak makan kfc. punya la teruk otak aku berfungsi masa tu. baru-baru ni, TM call aku. dah tanya pasal servis bla bla bla semua, dia tanya, ada nombor baru tak nak contact? aku cakap ada. pastu masa aku nak bagitahu nombor aku tu, boleh pualk tetiba aku tak ingat nombor fon aku sendiri. gigih kepala aku push push duk try ingat. last-last ambik nset n tengok nombor sendiri dalam tu. aku dengar cik TM tu macam gelak sikit masa aku duk tergagap-gagap nak bagi nombor. malu gila.

baru-baru ni, aku ada gi klinik pakar. malas nak gi hospital. pastu dia tanya aku sakit apa. pastu aku cakap la, sejak aku alami haid berpanjangan dulu tu, aku dah cepat rasa letih, selalu seram sejuk, berpeluh even sejuk, cepat lebam, pantang kalau cuaca sejuk, rambut gugur macam nak botak walaupun tak botak, n banyak lagi la. pastu dia cek BP n buat ujian kencing manis. Alhamdulillah, semua normal. berat pun turun dengan jayanya berkat diet ketat aku. hehehehe. pastu dia suruh aku baring nak cek perut aku. masa dia tekan-tekan tu, dia cakap I nak tekan. kalau sakit kat mana-mana, you bagitau. ok la kan. pastu ada satu part tu macam nak terkeluar semua benda dalam badan aku masa dia tekan bawah dada belah kiri. aku cakap sakit. pastu dia tekan lagi kat seluruh perut. muka dia masa tu macam berkerut-kerut dah. aku tanya dia, saya sihat ke doctor? dia diam n suruh aku bangun. pastu dia cakap kat mak aku, kenapa you tak bawak dia gi hospital? cek darah, organ dalaman hati pankreas limpa usus. aku dah pelik. kenapa pulak la aku nak kena cek semua tu kann.. pastu dia cakap takut limpa aku bengkak. pastu aku cakap la, masa masalah period tu kan, doc tak bagi pape ubat untuk hentikan darah. jadi aku try supplement pemes plus mahal tak hengat ni. dia terkejut besar kot masa aku cakap tu. dia kata jangan makan pape ubat yang berkaitan dengan hormon sebab nanti makin memudaratkan aku. *dia tak pesan kott. jadi janganla salahkan aku* -.-' pastu dia cakap diet aku ok. tak makan nasi takpe tapi jangan tak makan roti. aku angguk jela. padahal kat rumah, aku makan benda-benda yang langsung tak berkhasiat macam keropok n aku tak sentuh langsung minuman manis. aku minum air kosong je. haha. ok tak klaka. pastu dia diam kejap macam termenung pun ada. pastu dia cakap, gastrik you makin teruk. jangan makan buah yang masam-masam, jeruk, makanan pedas, air sunquick fevret aku pun tak boleh. dalam hati dah nangis. semua benda pun tak boleh makan. tapi takpe la. aku redha je. sebelum balik tu, dia ingatkan aku supaya tak makan ubat migrain atau sembarangan supplement sebab gastrik dah teruk sangat. bila-bila masa je boleh merebak ke usus dan organ lain. masa ni aku lagi la terkejut. aku just cakap ok tq je..

aku sebenarnya tak kisah pun aku sakit. lagipun bukan kanser kann. tapi aku kesian dekat mak ayah aku. setiap hari aku fikir, kenapa la aku ni dilahirkan. kenapa la hidup aku ni asyik beri beban je kat diorang. dulu kalau sakit, boleh la jugak aku makan ubat. sekarang dah tak boleh. panadol pulak badan aku macam dah immune. makan pastu still rasa sakit. jadi nak taknak, aku kena tahan jela. aku tau, sebenarnya sakit ni bukan saja-saja Allah nak bagi. tapi sebagai penghapus dosa-dosa aku yang tak terkira banyaknya. dulu aku dah pernah susahkan hati mak ayah aku. sekarang pun sama, malah makin bertambah kerisauan diorang kat aku.

aku pernah baca kat google, kalau rambut gugur kurang dari 10 helai sehari, tu gugur biasa. aku pernah kira rambut aku yang gugur. aku kumpul yang gugur tu semua dari pagi sampai malam. dah malam tu, aku kira. kira sambil nangis.... sebab terlampau banyak. pastu terus buang tak jadi nak kira.

aku tak kuat macam orang lain. cuma aku tak tau macam mana nak tunjuk kesedihan aku ni kat orang. even tengah nangis tahan sakit depan mak ayah pun, aku boleh cakap "takde pape. sikit je ni. kejap lagi sure hilang" ayah aku dah macam "dah nangis pun boleh lagi cakap macam tu" nak buat macam mana. dah memang aku macam ni. huhu

ok dah panjang sangat dah. tengah taip ni pun sebenarnya tengah berusaha sedaya upaya nak tahan muntah. dengan perut yang menyucuk. letih... babai
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA


ramadhan kali ni sangat2 menghambarkan.. honestly its supposed to be like "yeayyyyyy Ramadhan is coming! tak sabar nak puase. tak sabar nak rasa makanan bazar. tak sabar nak makan ramai2 mcm family gathering. tak sabar nak terawih sesama. and mcm2 lg laa..

tp semua tu takde.
dan aku...
sedih sesedih sedihnya..

knp?
entah la..
seriously tak boleh ungkap ngn kata2.
nak tulis taip bagai pun mmg takleh..
taktau cemana nk cite.

ish da ah!! semak tau tak.

sekian utk harini. as salam



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA



cuti sekolah dah start. yeahh on holidaaayyyy (lagu greenday) wahaha xD
haritu plan nk tanam pokok kekwa.
cancel suda...
tetiba teringin sangat nak bela kura-kura.
20 Mac 2013. tarikh keramat ni tau. sebabbbb... jeng jeng jeng
kita dapat boyfriend baru



dia comel sangat. macam kita jugak la (lempang) hahaha
serius comel. macam boyfie kita yang lama tu jugak (putera katak) hahaha gelak lagi.
tapi yang ni lagi special. sumpah kita akan jaga dia bebaik.
kita akan belai dia, kiss dia, main dengan dia.
kita takkan bagi dia rasa bosan walau sikit pun ngan kita.



ni la boyfie kita (gambar ihsan dari En.Google)


kita bela sepasang. jantan n betina. nama diorang takleh bagitau. haha
yang jantan tu macam pendiam sikit. tapi yang betina, MasyaAllah.. aktif gila.
diorang memang suke duduk macam ni. basking kot xD
harap sangat diorang panjang umur sebab orang kata hayat kura-kura ni pendek (sedihhh)



p/s : awak dah jauh ngan saya. sangat jauh. jadi boleh tak kalau saya pinjam nama awak utk letak kat sayang saya ni? dengan panggil nama awak kat turtle ni, saya rasa dekat sangat ngan awak.

i lebb you En.Turtle 





TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA





ok camni.
mak nak cite sikit ni.
dengar ni. dengarrrrr..
eh tak. baca ni. bacaaaaa...
ok camni sebenarnya..

okok jangan marah ye cik pucca. buruk beno.


sebenarnya.. dulu saya tak suke kaler pink. hehe
tak tau la sejak bila saya berjinak-jinak dengan warna pink ni.
yang saya perasan, start in the middle of 2011.
almari saya penuh dengan pakaian kaler pink.
pastu, masa buat blog ni.
mata saya asyik terrr-tengok kat template kaler pink je.
last-last, jadila semuanya kaler pink.
ish3..
tapi saya langsung tak malu sebab saya kan perempuan.. plus, kaler pink kan antara fav color Rasulullah SAW
. hehe pandaila kau dulu bukan main lagi duk muntah la apa la kalau bab kaler pink. xD

well manusia kan berubah.
yee, saya dah berubah.
And in the middle of 2011 tu jugak, saya sebenarnya dalam proses hijrah.
dulu tak suka berbaju kurung. pakai hari jumaat je.
tapi sekarang (start 2011) kalau nak pegi mana-mana pun WAJIB berbaju kurung.
Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan saya.
dan saya akan terus berhijrah ke arah yang lebih baik.
doakan saya ye







TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

kalau tak silap, 22 Mac ni dah start cuti sekolah kan?
kalau tak silap, seminggu je kan?
ahaiii... mesti sangat membosankan.
mencik mencik mencik!!! tak syuke tak syuke tak syuke!!! (sila lempang saya)




okok back to topic. hehehehe


tak suke cuti panjang. sebab bosan.
bosan sebab takde benda nak buat n tak pegi mana-mana.
ayah bz.. (bz la sangat) hahahaha



aktiviti yang ada mesti tak lain tak bukan ni kalau tak makan tido makan tido makan tido dannnnn makan lagi xD
berat pun mesti naik sampai pecah metal penimpang tu nanti. hadoilaa..

tapi kan, kalau pegi singapore pun best gak ni.
borong bunga porcelain banyak-banyak.
pastu letak kat butik kawan mak.
pastu lebihnya nanti wat hiasan kat umah. hahaha botak la ayah aku xD

plan lagi satu, nak tanam pokok bunga kekwa kaler pink ala-ala ungu.
nak tanam dalam bilik tepi tingkap.
sejuk sikit mata memandang. bau pun segar je.



PS : harus sibukkan diri kalau taknak sedih-sedih lagi




TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA


saya mengaku salah saya.
awak tanya saya apa yang saya tau tentang salah saya.

saya penting diri
saya tak yakin dengan diri sendiri
saya tak bersyukur
saya tak pandai mengasihi orang sebab saya tak biasa bercinta
saya terlampau ego
saya degil/bodoh sombong
saya suka berlagak kuat
saya suka berahsia
saya suka lari daripada masalah
saya suka buat keputusan drastik/tak berfikir panjang
saya pengecut
awak dah banyak mengalah dengan saya
saya jarang text awak dulu walhal awak lelaki yang saya sayang
saya terlampau jaga maruah, konon saya perempuan, tak boleh tunduk seinci pun kat lelaki
saya sangat bodoh

saya bagitau awak saya ada kekurangan.
awak tanya saya apa kekurangan saya.

saya GEMUK !!
saya sangat tak lawa
saya tiada rupa

awak takde kekurangan di mata saya
saya tak pandang harta awak
saya tak pandang rupa awak
tapi saya terkejut
saya sangka awak jenis yang biasa-biasa
tapi saya silap
awak ada rupa yang mana saya dengan sendirinya berasa rendah diri dan saya rasa saya tak layak dengan awak.
saya terkejut. saya tak boleh terima kenyataan.
saya lupa jodoh pertemuan semuanya Allah yang aturkan.

sebab tu saya buat keputusan taknak jadi teman awak dah.

tapi orang sekeliling saya bangkang keputusan saya.
tapi masa tu semua pun dah terlambat.
hati awak dah keras.
saya penyebabnya.
saya punca awak jadi keras hati.
saya tau awak still tak dapat maafkan saya.
saya tau awak masih marahkan saya.

setiap hari, saya doa kepada Allah.
semoga Allah lembutkan hati awak agar dapat maafkan saya.
saya lebih rela jadi kawan awak daripada langsung takde kena mengena dalam hidup awak.

saya dah putus harapan.
saya dah penat menangis.
saya tak biasa lalui semua ni.
baru saya tau. ia sangat menyakitkan.

jauh di sudut hati saya, saya masih harapkan awak.
walaupun mulut saya berkata saya dah putus asa dengan awak.
saya harap saya dapat jumpa awak dan minta maaf kat awak sebelum saya terlambat.

macam yang awak pernah cakap kat saya.
sihat tak semestinya panjang umur, sakit tak semestinya akan mati.

INSYAALLAH





TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

saya tak boleh takde awak..
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA