dah berapa lama aku tinggal blog ni. dah dekat setahun. pfftttt. lagipun aku buat blog ni khas untuk aku baca sorang je. no comment. no view. aku gembiraaa... haha. banyak benda yang aku nak cerita dalam ni. cerita untuk aku baca sorang. cerita yang aku rasa aku perlu luahkan. cerita yang aku rasa tak boleh simpan bertahun-tahun.

dalam tempoh aku tak tulis-tulis ni, banyak benda sebenarnya terjadi dalam hidup aku. banyak sangat. terlampau banyak.

sejak asyik jatuh sakit je, aku jadi macam dah berubah. berubah jadi orang lain. dalam 24 jam, ada la 12 jam aku spend untuk nangis. sakit aku tak parah. bukan kanser, barah, etc.. tapi sakit aku yang biasa-biasa ni saling berkait. contohnya la kan, aku sakit migrain. tahap nak pitam bagai. bila aku telan ubat migrain, tak sampai sejam, sakit pedih ulu hati/medu pulak yang datang. kalau sakit biasa muka berkerut macam tahan berak/kentut tu lain cerita. ini sakitnya boleh guling-guling sambil nangis. kekadang kalau dah sakit sangat, aku tak boleh gerak langsung melainkan baring + peluk lutut sampai ke perut dan nangis lagi. berjam lamanya aku tahan sakit. sakitnya macam senggugut. tapi yang ni lagi power. masa tengah sakit ni jangan la bagi aku makan apa-apa. memang kat situ jugak aku muntah. sebulan lepas tak silap, medu datang lagi. kali ni aku tak tahu kenapa dia datang macam nak bunuh aku je aku rasa. bayangkan, 3 botol ubat gastrik tu aku minum dalam masa sehari plus air susu Full Cream Dutch Lady tu berbotol-botol. aku ni dah la tak suka minum susu. terpaksa la gagahkan jugak mengenangkan mak ayah aku yang risau dia dah sampai tahap tak boleh nak buat pape melainkan jenguk aku n remind aku makan ubat. mak ayah nak bawak aku gi klinik, inject terus. tapi aku taknak. ye aku tahu jarum tu lagi kecik kalau nak dibandingkan dengan saiz badan aku tapi aku tetap taknak.

serius sejak ada migrain, totally aku berubah. jadi emo, pemarah even mende kecik besar zarah. mood swings tu patutnya jadi masa PMS je. tapi dalam kes ni lain pulak. tiap kali migrain, mood aku berubah-ubah. percakapan n sistem minda aku macam terganggu. serius sakit hinggakan belakang kepala aku dah naik bengkak. bila dah lama sakit migrain, aku dah reti nak kawal walaupun kekadang tu terbabas jugak. n dia alert aku awal-awal kalau dia nak datang serang aku. contoh, tengah drive sambil bersuka ria gelak ketawa, tetiba ada macam cahaya terang depan mata aku. pastu hidung ngan mata start berair. apa yang aku nak cakap kat seseorang tu jadi terganggu. contoh la kan, aku nak makan pizza. tapi aku cakap aku nak makan kfc. punya la teruk otak aku berfungsi masa tu. baru-baru ni, TM call aku. dah tanya pasal servis bla bla bla semua, dia tanya, ada nombor baru tak nak contact? aku cakap ada. pastu masa aku nak bagitahu nombor aku tu, boleh pualk tetiba aku tak ingat nombor fon aku sendiri. gigih kepala aku push push duk try ingat. last-last ambik nset n tengok nombor sendiri dalam tu. aku dengar cik TM tu macam gelak sikit masa aku duk tergagap-gagap nak bagi nombor. malu gila.

baru-baru ni, aku ada gi klinik pakar. malas nak gi hospital. pastu dia tanya aku sakit apa. pastu aku cakap la, sejak aku alami haid berpanjangan dulu tu, aku dah cepat rasa letih, selalu seram sejuk, berpeluh even sejuk, cepat lebam, pantang kalau cuaca sejuk, rambut gugur macam nak botak walaupun tak botak, n banyak lagi la. pastu dia cek BP n buat ujian kencing manis. Alhamdulillah, semua normal. berat pun turun dengan jayanya berkat diet ketat aku. hehehehe. pastu dia suruh aku baring nak cek perut aku. masa dia tekan-tekan tu, dia cakap I nak tekan. kalau sakit kat mana-mana, you bagitau. ok la kan. pastu ada satu part tu macam nak terkeluar semua benda dalam badan aku masa dia tekan bawah dada belah kiri. aku cakap sakit. pastu dia tekan lagi kat seluruh perut. muka dia masa tu macam berkerut-kerut dah. aku tanya dia, saya sihat ke doctor? dia diam n suruh aku bangun. pastu dia cakap kat mak aku, kenapa you tak bawak dia gi hospital? cek darah, organ dalaman hati pankreas limpa usus. aku dah pelik. kenapa pulak la aku nak kena cek semua tu kann.. pastu dia cakap takut limpa aku bengkak. pastu aku cakap la, masa masalah period tu kan, doc tak bagi pape ubat untuk hentikan darah. jadi aku try supplement pemes plus mahal tak hengat ni. dia terkejut besar kot masa aku cakap tu. dia kata jangan makan pape ubat yang berkaitan dengan hormon sebab nanti makin memudaratkan aku. *dia tak pesan kott. jadi janganla salahkan aku* -.-' pastu dia cakap diet aku ok. tak makan nasi takpe tapi jangan tak makan roti. aku angguk jela. padahal kat rumah, aku makan benda-benda yang langsung tak berkhasiat macam keropok n aku tak sentuh langsung minuman manis. aku minum air kosong je. haha. ok tak klaka. pastu dia diam kejap macam termenung pun ada. pastu dia cakap, gastrik you makin teruk. jangan makan buah yang masam-masam, jeruk, makanan pedas, air sunquick fevret aku pun tak boleh. dalam hati dah nangis. semua benda pun tak boleh makan. tapi takpe la. aku redha je. sebelum balik tu, dia ingatkan aku supaya tak makan ubat migrain atau sembarangan supplement sebab gastrik dah teruk sangat. bila-bila masa je boleh merebak ke usus dan organ lain. masa ni aku lagi la terkejut. aku just cakap ok tq je..

aku sebenarnya tak kisah pun aku sakit. lagipun bukan kanser kann. tapi aku kesian dekat mak ayah aku. setiap hari aku fikir, kenapa la aku ni dilahirkan. kenapa la hidup aku ni asyik beri beban je kat diorang. dulu kalau sakit, boleh la jugak aku makan ubat. sekarang dah tak boleh. panadol pulak badan aku macam dah immune. makan pastu still rasa sakit. jadi nak taknak, aku kena tahan jela. aku tau, sebenarnya sakit ni bukan saja-saja Allah nak bagi. tapi sebagai penghapus dosa-dosa aku yang tak terkira banyaknya. dulu aku dah pernah susahkan hati mak ayah aku. sekarang pun sama, malah makin bertambah kerisauan diorang kat aku.

aku pernah baca kat google, kalau rambut gugur kurang dari 10 helai sehari, tu gugur biasa. aku pernah kira rambut aku yang gugur. aku kumpul yang gugur tu semua dari pagi sampai malam. dah malam tu, aku kira. kira sambil nangis.... sebab terlampau banyak. pastu terus buang tak jadi nak kira.

aku tak kuat macam orang lain. cuma aku tak tau macam mana nak tunjuk kesedihan aku ni kat orang. even tengah nangis tahan sakit depan mak ayah pun, aku boleh cakap "takde pape. sikit je ni. kejap lagi sure hilang" ayah aku dah macam "dah nangis pun boleh lagi cakap macam tu" nak buat macam mana. dah memang aku macam ni. huhu

ok dah panjang sangat dah. tengah taip ni pun sebenarnya tengah berusaha sedaya upaya nak tahan muntah. dengan perut yang menyucuk. letih... babai
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA