saya mengaku salah saya.
awak tanya saya apa yang saya tau tentang salah saya.

saya penting diri
saya tak yakin dengan diri sendiri
saya tak bersyukur
saya tak pandai mengasihi orang sebab saya tak biasa bercinta
saya terlampau ego
saya degil/bodoh sombong
saya suka berlagak kuat
saya suka berahsia
saya suka lari daripada masalah
saya suka buat keputusan drastik/tak berfikir panjang
saya pengecut
awak dah banyak mengalah dengan saya
saya jarang text awak dulu walhal awak lelaki yang saya sayang
saya terlampau jaga maruah, konon saya perempuan, tak boleh tunduk seinci pun kat lelaki
saya sangat bodoh

saya bagitau awak saya ada kekurangan.
awak tanya saya apa kekurangan saya.

saya GEMUK !!
saya sangat tak lawa
saya tiada rupa

awak takde kekurangan di mata saya
saya tak pandang harta awak
saya tak pandang rupa awak
tapi saya terkejut
saya sangka awak jenis yang biasa-biasa
tapi saya silap
awak ada rupa yang mana saya dengan sendirinya berasa rendah diri dan saya rasa saya tak layak dengan awak.
saya terkejut. saya tak boleh terima kenyataan.
saya lupa jodoh pertemuan semuanya Allah yang aturkan.

sebab tu saya buat keputusan taknak jadi teman awak dah.

tapi orang sekeliling saya bangkang keputusan saya.
tapi masa tu semua pun dah terlambat.
hati awak dah keras.
saya penyebabnya.
saya punca awak jadi keras hati.
saya tau awak still tak dapat maafkan saya.
saya tau awak masih marahkan saya.

setiap hari, saya doa kepada Allah.
semoga Allah lembutkan hati awak agar dapat maafkan saya.
saya lebih rela jadi kawan awak daripada langsung takde kena mengena dalam hidup awak.

saya dah putus harapan.
saya dah penat menangis.
saya tak biasa lalui semua ni.
baru saya tau. ia sangat menyakitkan.

jauh di sudut hati saya, saya masih harapkan awak.
walaupun mulut saya berkata saya dah putus asa dengan awak.
saya harap saya dapat jumpa awak dan minta maaf kat awak sebelum saya terlambat.

macam yang awak pernah cakap kat saya.
sihat tak semestinya panjang umur, sakit tak semestinya akan mati.

INSYAALLAH





TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA