rasanya tak payah lah kot aku nak intro gambar-gambar kat atas ni kan..
rasanya semua orang pun tahu kan..

semua ni antara makanan wajib aku masa aku study pada tahun 2008 dulu..
aku tak makan nasi. aku nak sangat makan nasi tapi perut aku tak boleh terima.. pelik kat situ kan?
tapi kadang-kadang tu makan jugak time cuti ke.. senang sikit nak throw out xD
hm.. yang paling aku addicted sekali adalah megi tomyam..
tak sah kalau tak pekena 2 3 bungkus sehari..
bertahun aku amalkan diet yang terlebih sihat ni tapi serius tak sakit pun..
sedaaapppp....



sampaila sekarang ni...
macam-macam sakit yang aku dapat..
kira macam 'voucher' la yang aku peroleh dari diet yang sihat pada tahun 2008 tu..

antaranya :
  • bad migrain
  • haid berpanjangan (sampai tak cukup darah aku dibuatnya)
  • gastrik yang semakin teruk
  • weak antibody (senang demam dan melarat hingga 2 minggu walaupun makan ubat)
  • nausea almost all the time

menyesal sangat....
tapi apakan daya..
banda dah lepas kan..
so.. redha jela..


kalau ada sesiapa yang nak try diet ni, silakan...
sangat bagus untuk kesihatan.. 
tips : kena amalkan bertahun-tahun, baru nampak hasilnya..
trust me . its really worth.  hehehe




TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

ape la post yang sedih-sedih je.. bosan xD haha
kat sini je aku boleh nak sedih-sedih.. nak cite-cite..
kalau kat luar, sorry.. memang tak la aku nak cite masalah aku
SEBAB....
aku tak reti. tak pandai nak storymory..
bak kata suhaila.. maisarah ni ade masalah pun boleh lagi suke-suke hepi-hepi..



dah tu takkan nak meratap kan sayang?
nanti tak comel dah..
dia jadi buruk camni
buruk bebeno tu

oleh itu sila gelak sampai menitik air mata tu..
macam ni


kan comel tu..
macam sarah je..
well..
sarah kan comellllllll
oh terperasan, sorry.
* silakan dushh99x saya camni







TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA


Faham tak ayat tu?
Sebagai seorang muslim, saya sedia maklum hidup ni bukan satu tempat di mana saya boleh mengharapkan kesenangan sahaja.
Saya sedar, hidup ni hanya sia-sia jika tak diduga olehNya.
Saya juga bersyukur kerana diberi perhatian olehNya dengan diberi ujian dan dugaan yang tidak putus-putus.
Ini semua menguji keimanan saya.. menjadi pengukur level ketaqwaan dan kesetiaan saya terhadapNya.
Saya seorang muslim.. mana mungkin saya dapat menolak takdir.
Saya sebagai manusia yang sebaik-baik kejadian telah dikurniakan akal fikiran untuk berusaha mengubah nasib dan haluan hidup ke arah yang lebih baik..

Tapi saya seorang perempuan..
Perempuan yang sejak azali dilahirkan dengan 9 nafsu 1 akal.. yang punya banyak kelemahan.. yang emosional.
Terus terang saya katakan bahawa kadang-kadang saya tak sanggup nak pikul beban-beban yang ada dalam hidup saya.
Ya.. saya akui kelemahan dan keburukan saya.. malah saya akui kesilapan saya.
Tapi tolong jangan jadikannya sebagai modal nak perkecilkan saya.

Musibah-musibah yang datang..
Nasib malang yang sentiasa menghampiri..
Malah status kesihatan yang tak menentu..
Semua tu saya tak pernah mintak..
Saya selalu doakan yang terbaik. tapi itu semua mungkin ujian dariNya
dan siapalah saya nak menolak????

Saya pun nak berjaya macam orang lain..
Umur pun dah nak masuk 22.. (sangat takut bila fikir masa depan)
Tapi saya tak mampu..
Saya punya cita-cita.. tapi rezeki tak ada.. sentiasa ada yang menjadi penghalang tika saya berusaha.
Saya tak marah.. saya cuma sedih sikit dengan life saya..


* saya yakin, berkat kesabaran saya akan peroleh jua kejayaan. cepat atau lambat je. InsyaAllah.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Nak cerita tapi tak tahu macam mana.
Nak pendam tapi kali ni macam tak boleh je.
Haihh ~

14 Februari , 9:00 am
Accident langgar kete Nissan Sentra.
Magiknya, aku tak sedar pun masa bila aku langgar kete tu. Sampaila bunyi dentum.
Masa tu baru aku sedar aku dah langgar kete orang. (separuh sedar lagi sebenarnya)
Aku keluar dari kete pastu pegi minta maaf kat pakcik tu.
Masa tu pun aku dalam keadaan bingung lagi, macam orang bodoh tau tak..
Mak pun keluar sama nak tolong settle.
Serius cakap, pakcik tu sangat baik orangya.
Dia nampak macam nak marah tapi tak jadi. (kesiankan aku kot)
Dahla dia duk kat Paka..
Kesian datang jauh-jauh aku pulak langgar dia.

Bad day.. bumper dia teruk jugak kena..
Bayar ganti rugi RM2200 (bank in)
Peliknya, kete aku tak teruk mana kalau nak dibandingkan dengan kete pakcik tu. (Syukron)
Plat patah, simbol Hyundai patah, bonet terangkat sikit, pastu calar sikit.
Sikit-sikit pun tetap kena ketuk dan cat jugak.. (ALLAH nak tarik apa yang bukan hak aku)
Tukar number nset, minta maaf lagi sekali pastu pegi tukar plat baru. Done.

Balik tu, baru perasan simbol H tu patah. Bonet tu kemik, terangkat sikit.
Mula la nak nangis.. (ayah saya bekeng)
Mak call abang. Abang nak balik kejap nak ambik kete hantar workshop.
Tapi cancel sebab time slip dia tak sempat buat (masa tu klinik lunch hour, tutup kejap)

Lepas tu.......

  • masuk bilik
  • kunci pintu
  • duduk atas katil
  • termenung, rehat
  • nangis tetiba mengenangkan nasib malang yang tak berpenghujung
  • baring, nak rehatkan minda daripada fikir yang bukan-bukan
  • tak menjadi
  • nangis berterusan (tengah solat, makan, mandi, tidur pun nangis lagi)
  • mesej, calling-calling semua biar je (nset tak tahu kemana)
Berlarutan hingga 2 hari 2 malam....
Malam semalam baru nak ok sikit semangat ni..

* dah banyak kali accident tapi kali ni aku jadi macam hilang semangat 100% sebab kali ni memang salah aku sepenuhnya yang lalai dan khayal masa drive. Yes, you should blame me.

Alhamdulillah..
Aku bersyukur di atas segala pengajaran, peringatan dan perlindungan yang Engkau berikan padaku Ya ALLAH..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Salam ~ 
Dah lama tak update :D
Tiada yang lebih membahagiakan bagi sarah pada tahun 2012, melainkan yang satu ni..
Secara ringkasnya, berkenalan di laman sosial yahoo pada September 2012 dan akhirnya dia menjadi milik saya pada Disember 2012. 

Tiada lain yang saya harapkan dari awak. Hanya kesetiaan dan kejujuran awak yang saya perlukan.
DAN tolong ubah persepsi saya yang selama ini kuat menyatakan bahawa, cinta jarak jauh ditambah dengan perkenalan dalam tempoh yang singkat adalah satu perhubungan yang tak mungkin akan berpanjangan.
Jujurnya, saya tak tahu macam mana saya boleh jatuh sayang kat awak sedangkan kita tak pernah bersua muka. Saya juga pada mulanya agak menyampah dengan awak yang tidak berputus asa nak berkawan dengan saya yang langsung tidak mempunyai apa-apa kelebihan ni.
Tapi sekarang keadaan dah lain. Silap hari bulan awak pulak yang menyampah ngan saya yang dah terlebih sayang kat awak ni xD

Saya sentiasa doakan awak dan hubungan kita agar kekal berpanjangan dan terus mekar.. InsyaAllah..
   

dear AHMAD FARUQI AMRI



* macam tak caye aku yang luah semua ni. hahaha  
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA